Posts

Showing posts from December, 2018

Andai itu takdirnya 🌸

Image
Takdir adalah sebuah garis yang sudah ada, tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Manusialah yang mewujudkan takdirnya sendiri dengan menjalani kehidupan hari demi hari dan waktu demi waktu. Usaha dan doalah yang akan memandu jalanmu, meniti ke garis takdirmu. Kitalah yang akan membentuk takdir diri sendiri. Ciptalah garis takdir yang baik dengan bekerja dan beribadah dengan sebaiknya . Ukirkan takdir yang baik untuk dirimu.

Let it out !

Image
Manusia yang kuat bukan manusia yang tidak pernah menangis. Manusia yang kuat adalah manusia yang mengakui dirinya lemah. Menangislah ! Kerana menangis dapat mengurangkan beban dihati kita. Menangislah ! Kerana menangis itu melegakan. Menangislah ! Menangis kepada Allah. Allah akan mendengar semua keluhan kita.

The reasons why

Image
Segala apa yang berlaku, dari sekecil-kecilnya sudah ada jalannya, sudah ada aturannya dan ada maksudnya yang tersendiri. "Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan"                                                                                                        (Surah Al-Qamar, ayat 49) Hidupmu, keluargamu, kebaikanmu, kebahagianmu, kesedihanmu, kekesalanmu, dan musibah yang menimpamu... Semuanya sudah ditentukan dan terjadi kerana ada sebabnya. Hanya Allah yang tahu maksud sebenarnya daripada semua yang terjadi ke atas diri kita. Berfikirlah secara positif bahawa semua yang terjadi kepada kita adalah terbaik untuk kita, demi kebaikan kita dunia dan akhirat.

Smile to the fullest 😁

Image
Dengarkan dan tontonilah cerita yang kelakar. Lakukan apa sahaja supaya dapat membuatkan diri kita tertawa. Dengan ketawa, kita dapat lupakan kisah silam yang memeritkan. Dengan ketawa, orang lain akan berasa senang untuk dekat dengan kita. Jika berterusan bersedih, pasti tiada siapa mendekat terutamanya rakan karib akan menghindarkan diri dari kita. So, smile to the fullest. Let them see your happiness after too much storm in your life.

Be grateful 💪

Kadang-kadang apa yang kita inginkan tak semestinya kita boleh dapatkan. Pasti hal sedemikian membuatkan kita kecewa. Dan sudah pasti kita tidak mahu bersedih, tidak mahu diuji dengan sesuatu yang buruk, dan tidak mahu mengalami masalah. But, that is life ! Semua orang pasti akan mengalami. Itulah yang mematangkan diri kita. Kesedihan. Kekecewaan. Air mata. Sakit hati. Belajarlah menerima semua dengan hati yang terbuka. Belajarlah untuk menghadapinya.

Bonding ding ding

Image
Bonding ding ding time. We choose Sungai Congkak because it's been awhile we didn't go to the river. The water is cold. I swear ! Ayah & abang settle the barbeque thingy, Mama & Kak shaa take care of Aufa first while the girls get into the river. 'SWOOOSHH'... (semua terjun masuk sungai) hahahaha and we really have fun on that day. Sungai congkak Incomplete.  But next trip I will make sure all of us can make it.  Sekian cerita dari sungai congkak, dan tak rugi pergi sebab still bole nikmati keindahan alam.

Fix it back

Image
Tiada seorang pun dalam dunia yang terlepas dari buat salah. Berbuat salah adalah fitrah manusia, Berbuat salah itu suatu perkasa biasa. Tapi segeralah memohon maaf dan bertaubat sekiranya berbuat salah. Jangan cuba untuk mengulanginya kembali. Jika kita orang-orang yang baik, kita tidak akan sengaja untuk membuat kesilapan dan mengulanginya kembali.

Tick tok, tick tok ⏳

Image
All that we need is time. Tubuh badan memerlukan masa untuk sembuh, begitu juga hati yang terluka. Jiwa juga perlukan masa untuk berdamai dengan dirinya sendiri. So please, give time for yourself. Kesedihan akan hilang dengan sendirinya dalam melewati waktu. Sabar dan teruskan langkah menuju kejayaan.

Titisan permata 💧

Image
Jika kita bertahan dan bersabar atas kesedihan, Allah akan menggantikan semuanya dengan sesuatu yang jauh lebih baik. Allah akan mengampuni dosa-dosa orang yang sabar menerima segala dugaan yang datang. Allah akan memberi pahala yang besar sebagai pengganti semua yang kau hadapi. Setiap titis air mata yang jatuh kerana ditimpa musibah dan kesedihan akan berubah menjadi pahala yang sangat manis. Bersabarlah dan kuatkan iman. Allah akan menggantikan air mata kita menjadi permata.

Lesson of the day ⛅

Image
Musibah bukanlah azab, Musibah bukanlah hukuman. Tapi.. Musibah adalah peringatan untuk kita. Tanda kita sudah melencong, Tanda kita sedang lupa, Tanda kita sudah melampaui batas. Dengan musibah, Allah nak mengingatkan kita Dengan musibah, Allah nak menghapuskan dosa-dosa kita. Dengan musibah, Allah nak kita terus memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Allah pasti menepati janji

Image
Semua yang Allah jelaskan dalam Al-Quran adalah benar. Semua yang dia katakan, pasti akan ditepati Yakinkan diri kita bahawa semuanya akan dibayar oleh Allah di dunia ataupun di akhirat. "Tetapi orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, dibina untuk mereka mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai.Itulah janji yang ditetapkan oleh Allah, Allah tidak akan mengubah janji-janjinya"                                                                                                                   (Surah Az- Zumar, ayat 20)

Expectation ?

Image
Jangan terlalu berharap, Kerana dengan berharap, kita akan lebih kecewa sekiranya apa yang kita harapkan tidak seperti yang kita inginkan. Tentukan cita-citamu, Tentukan langkahmu, Tentukan tujuanmu. Bekerjalah sepenuh hati tanpa memikirkan ataupun mengharapkan hasil yang kau akan dapat nanti.

Just pray 👐

Image
Doakan semua orang yang kita kasihi Doa itu ibarat sebuah tali yang mengeratkan hati. Doa ibarat suatu pelukan yang mendamaikan. Doa ibarat sepasang sayap yang mengangkat kita ke syurga. Mendoakan seseorang bermakna kita selalu mengingatinya dalam kebaikan. Dengan mendoakan orang yang kita sayang, kita sebenarnya menganugerahkan kebahagiaan dengan nama Allah.

No tears left to cry

Image
Sesuatu yang terjadi kita tak dapat nak ulang kembali kerana waktu tidak boleh diputarkan kembali. What happened, just let them be. We cannot change it anymore... Jangan ditangisi susu yang sudah tumpah. Menyesali perkara yang sudah terjadi adalah perbuatan yang tidak memberi makna. Please stay strong and show to them that you can make it. Penyesalan yang berpanjangan akan membuatkan diri kita menderita. Terima segalanya dengan hati yang terbuka and keep moving on towards your target. The most important thing, don't ever look back again.

Sombongkah anda ?

Image
 Jangan menganggap bahawa semua yang menjadi milik kita adalah hasil titik peluh sendiri.  Semua itu hanyalah sementara dan merupakan pinjaman, sebagai ujian bagi menguji tahap keimanan diri sendiri. Jangan sombong awak semua... Allah tidak suka akan orang yang berlagak, Semua yang kita miliki adalah milik Allah yang dipinjamkan untuk kita sebagai manusia. Sekiranya Allah mahu, pada bila-bila masa sahaja Dia akan menarik nikmat yang kita miliki sebagai ujian atas kesombongan yang kita lakukan.

Wisdom

Image
Semua yang terjadi dalam hidup ini mempunyai maksud dan hikmah yang tersendiri. Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Biar sekecil mana sekalipun, pasti ada manfaat dan hikmah disebaliknya. Ambillah pengajaran daripada semua yang terjadi dalam hidup kita, samada yang menyenangkan ataupun yang menyedihkan. Jika kita sedar akan tanda-tanda ataupun ujian yang diberikan Allah, bermakna hati kita sudah terbuka.  Dan dari situ kita baru layak untuk berbicara dengan Allah.

Ruggers 🏈

Image
Padang UKM (2015) This is us, Eagle . We play as a team, Every steps that we take, Sir Firdaus will guide ( the best coach ever ) Kalah menang adat permainan, Experience that I got is the most important part. Never thought I will further my studies in UKM. Place where my team and I won the game, several years ago. Good game, well played ! Mel dah gatal kaki nak masuk padang balik ni😏

DinnerFEP 18'

Image
Pertama kali jejakkan kaki ke DECTAR which is bangunan keramat UKM. Seriously, good food ! Memang kenyang sangat malam tu sebab portion dia banyak. Chickenchop, pasta, nasi goreng, mushroom soup & salad. Berbaloi sangat dengan harga yang kiteorang kena bayar. Plus, nombor mel menang cabutan bertuah.  Jarang-jarang nak bertuah ni sebenarnya heheh Walaupun kena pindah kolej next sem, hope bonding tu tetap ada okay ?

Aufachan 👶

Image
Dengan kehadiran Aufa dalam keluarga, Memberi satu sinar kebahagiaan yang baru. Anak itu pembawa rezeki. It's true... Aufa anak pertama abang & kak shaa.  Cucu sulung dalam keluarga. Nanny & atok sayang sangat dekat Aufa. Same goes to me. Skarang Aufa dalam fasa nak belajar cakap, sedar tak sedar dah nak masuk dua tahun.  Gigi dahla takde fully but she still cute k. Awak ni sekejap je dah besar, how time flies. Setiap gelagat Aufa selalu buatkan semua orang tersenyum. Nnti dah ada adik, jangan haraplah nak manja lagi eh kikiki. Moga Aufa membesar dalam keadaan yang baik dan menjadi anak yang solehah untuk ibu & abah ye. Cepat-cepatlah tumbuh gigi awak tu 😛

Dear, Puteri.

Image
Puteri Qatron Nada binti Mohamad Bestie since highschool untill now. Eventhough me and puteri not always keep in touch, as long as you know that you will always stay in my heart. Always. When I know my baby also a ROTU, I'm so excited coz we didn't said to each other before this. Adakah ini jodoh ? Don't ever give up in everything that you do, puteri. I know you strong enough to face all of it. My prayer will always for you See you when I see you, dauphine. Malati sayang Puteri

KMNS 💞

Image
Only a year, we met each other. Only a year, the bond between us exist. Only a year, I learn to be more independent. Only a year, a lot of memories to be keep in my mind. Tipulah kalau tak rindu mereka semua ni. Actually, matriks life not sucks at all. Just we have to struggle for examination an all the quizzes. Believe me, you will miss this moment. Kejayaan takkan datang bergolek. Usaha, tawakal & berdoa. Itulah yang kiteorang amalkan. wan, arep, shukor, syak, nadh, aina, zirah, jia xuen, qila, farah,pikah The most 'kecoh' class in kuliah - A4P2 Sampai cikgu-cikgu pun kekadang naik pening dengan kiteorang. I survived well in matriks because of them . Thanks to each of you. Hope we can meet each other as soon as possible.

Mel, Rina, Naim 🐰

Image
 Meet my two friends - Ahmad Yusrina & Nurul Irfan Naim Our story start from KLIA , i guess ? Irfan, paling ingat dia ni sejak MMM coz he said he was born in UK. Rina pulak sejak matriks dah jumpa cuma tak pernah tegur ? I find very something, unpredictable. Happiness. They makes me forget a bit about my past. A big thanks to them. Thanks rina, thanks ipan. Setiap sorang tak pernah berkira , bersyukur sebab Allah hadirkan kawan-kawan yang baik dekat sini.  Moga persahabatan ni kekal eh korang ? To more adventures with both of you. Lepasni kita plan ke mana ? will update soon...

Skincare Routine

Image
Bija trouble facial foam I started to try this product(innisfree product) because of my sister recommend it to me. It really works for her face so i had thinking to try it. My type of skin is oily so literally I've been use this cleanser for almost 4 months. This cleanser is foamy lather thoroughly cleanses pores while preventing and relieving skin trouble. It also contains natural ingredients such as salicyl acid to remove dead skin cells and treat skin problem. Bija trouble skin(toner) After cleanse my face,I pour an appropriate amount onto the cotton pads and sweep over entire face. This toner made from natural Jeju torreya(help trouble skin) for treating blemish skin. It contains natural salicylic acid for exfoliation and blemish care. The naturally fermented alcohol soothes skin. 100% Natural essential oil: The scent of pine,juniper berries and the forest comforts your mind and body. Bija trouble lotion(mosturizer) Next, mosturize...