Posts

Andai itu takdirnya 🌸

Image
Takdir adalah sebuah garis yang sudah ada, tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Manusialah yang mewujudkan takdirnya sendiri dengan menjalani kehidupan hari demi hari dan waktu demi waktu. Usaha dan doalah yang akan memandu jalanmu, meniti ke garis takdirmu. Kitalah yang akan membentuk takdir diri sendiri. Ciptalah garis takdir yang baik dengan bekerja dan beribadah dengan sebaiknya . Ukirkan takdir yang baik untuk dirimu.

Let it out !

Image
Manusia yang kuat bukan manusia yang tidak pernah menangis. Manusia yang kuat adalah manusia yang mengakui dirinya lemah. Menangislah ! Kerana menangis dapat mengurangkan beban dihati kita. Menangislah ! Kerana menangis itu melegakan. Menangislah ! Menangis kepada Allah. Allah akan mendengar semua keluhan kita.

The reasons why

Image
Segala apa yang berlaku, dari sekecil-kecilnya sudah ada jalannya, sudah ada aturannya dan ada maksudnya yang tersendiri. "Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan"                                                                                                        (Surah Al-Qamar, ayat 49) Hidupmu, keluargamu, kebaikanmu, kebahagianmu, kesedihanmu, kekesalanmu, dan musibah yang menimpamu... Semuanya sudah ditentukan dan terjadi kerana ada sebabnya. Hanya Allah yang tahu maksud sebenarnya daripada semua yang terjadi ke atas diri kita. Berfikirlah secara positif bahawa semua yang terjadi kepada kita adalah terbaik untuk kita, demi kebaikan kita dunia dan akhirat.

Smile to the fullest 😁

Image
Dengarkan dan tontonilah cerita yang kelakar. Lakukan apa sahaja supaya dapat membuatkan diri kita tertawa. Dengan ketawa, kita dapat lupakan kisah silam yang memeritkan. Dengan ketawa, orang lain akan berasa senang untuk dekat dengan kita. Jika berterusan bersedih, pasti tiada siapa mendekat terutamanya rakan karib akan menghindarkan diri dari kita. So, smile to the fullest. Let them see your happiness after too much storm in your life.

Be grateful 💪

Kadang-kadang apa yang kita inginkan tak semestinya kita boleh dapatkan. Pasti hal sedemikian membuatkan kita kecewa. Dan sudah pasti kita tidak mahu bersedih, tidak mahu diuji dengan sesuatu yang buruk, dan tidak mahu mengalami masalah. But, that is life ! Semua orang pasti akan mengalami. Itulah yang mematangkan diri kita. Kesedihan. Kekecewaan. Air mata. Sakit hati. Belajarlah menerima semua dengan hati yang terbuka. Belajarlah untuk menghadapinya.

Bonding ding ding

Image
Bonding ding ding time. We choose Sungai Congkak because it's been awhile we didn't go to the river. The water is cold. I swear ! Ayah & abang settle the barbeque thingy, Mama & Kak shaa take care of Aufa first while the girls get into the river. 'SWOOOSHH'... (semua terjun masuk sungai) hahahaha and we really have fun on that day. Sungai congkak Incomplete.  But next trip I will make sure all of us can make it.  Sekian cerita dari sungai congkak, dan tak rugi pergi sebab still bole nikmati keindahan alam.

Fix it back

Image
Tiada seorang pun dalam dunia yang terlepas dari buat salah. Berbuat salah adalah fitrah manusia, Berbuat salah itu suatu perkasa biasa. Tapi segeralah memohon maaf dan bertaubat sekiranya berbuat salah. Jangan cuba untuk mengulanginya kembali. Jika kita orang-orang yang baik, kita tidak akan sengaja untuk membuat kesilapan dan mengulanginya kembali.